PEMBANGUNAN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang membentuk 99
peratus daripada semua perusahaan di negara ini penting untuk mencapai
pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PKStunjangekonomi/Article/index_html
Published: December 21, 2012
Ia membuka 65 peratus peluang pekerjaan dan menyumbang 50 peratus
kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Secara globalnya, PKS
menyumbang kepada lebih daripada 50 peratus KDNK di negara maju seperti
Jepun, Korea Selatan dan Jerman. Di Malaysia, sektor PKS amat
penting kepada ekonomi negara.
PKS dianggap tunjang ekonomi dan
memainkan peranan penting dalam menjana pekerjaan, mempertingkatkan
kualiti sumber manusia, memupuk budaya keusahawanan, menyokong industri
besar-besaran serta mewujudkan peluang perniagaan baru. Menurut
Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC), 99.2 peratus (518,996)
daripada semua perusahaan di negara ini terdiri daripada PKS,
menggajikan 5.6 juta orang dan menyumbang kepada 32 peratus KDNK
Malaysia serta 19 peratus daripada jumlah eksport negara.
Faktor jelas bahawa inisiatif mempromosikannya yang berdaya maju penting
untuk memperluaskan sumber pertumbuhan serta mengekalkan momentumnya.
Cabaran berkenaan ditangani menerusi agenda negara, iaitu
Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan, serta Pelan Induk Industri
Kedua dan Ketiga. Dalam bajet tahun ini, kerajaan mengumumkan
pelbagai rancangan menyokong pembangunan PKS. Untuk mempercepatkan
pertumbuhan PKS dan perkembangan pelbagai bidang industri di seluruh
negara, dana RM1 bilion akan dibekalkan di bawah Rancangan Pembangunan
PKS dan diuruskan Bank PKS. Langkah ini akan mempermudahkan akses
PKS kepada pembiayaan untuk mengembangkan lagi perusahaan mereka.
Sejajar dengan usaha murni itu, Malaysia melancarkan Pelan Induk PKS
(2012-2020) yang akan berperanan sebagai perangsang untuk mempercepatkan
pertumbuhan PKS menerusi inovasi dan produktiviti. Pelan Induk ini
menggariskan 32 inisiatif termasuk enam program berimpak tinggi (HIP)
dengan peruntukan RM30 juta.
Selain itu, dana bernilai
RM10 bilion di bawah Rancangan Jaminan Modal Kerja diperkenalkan untuk
menangani cabaran PKS dalam memperoleh modal kerja. Rancangan ini
menjanjikan sehingga RM2.5 juta kepada syarikat berkelayakan.
No comments:
Post a Comment