Wednesday, December 12, 2012

FITRAH Food Sdn Bhd - Tambah produk

FITRAH Food Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang menghasilkan produk minuman akan memperkenalkan minuman berasaskan rumpai laut mulai tahun depan. Pengarahnya, Hasim Mohd berkata, syarikat sebelum ini menghasilkan minuman berasaskan cincau melalui jenama Fitrah akan memulakan pengeluaran produk rumpai laut dalam semua jenis minuman yang dihasilkan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tambahproduk/Article/index_html
Published: December 12, 2012

“Sebagai permulaan, kami menghasilkan minuman rumpai laut dengan lemon yang menggunakan 100 peratus bahan semula jadi.

“Ia tidak mengandungi sebarang pewarna, pengawet atau perasa tiruan dan hanya menggunakan bahan asas asli iaitu perahan lemon dan rumpai laut spesies Eucheuma Cottonii yang ditanam di Semporna, Sabah,” katanya kepada Bisnes Metro ketika ditemui di Pameran Antarabangsa Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia 2012 (Maha 2012) di Serdang, baru-baru ini.

Katanya, produk berkenaan dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan produk lebih berkualiti dan terjamin.

“Selepas minuman rumpai laut dengan lemon ini, kami akan menghasilkan beberapa jenis minuman lagi daripada bahan rumpai laut serta mengeluarkan serbuk rumpai laut yang boleh digunakan dalam industri makanan dan kosmetik,” katanya.

Hasim berkata, ketika ini, pihaknya memberi tumpuan kepada pasaran tempatan khususnya di pasar raya besar dan stesen minyak.

“Kapasiti pengeluaran masih terhad dan kami memberi tumpuan kepada pasaran tempatan saja setakat ini,” katanya.

No comments: