KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang mewujudkan
dana pusingan bagi membantu belia dan usahawan yang disenarai hitam,
persidangan Dewan Negara diberitahu Isnin.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=915900
Published: December 18, 2012
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kerajaan-tidak-cadang-tubuh-dana-pusingan-bantu-usahawan-disenarai-hitam-1.113295
Published: December 18, 2012
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim berkata kerajaan melalui Bank
Negara melaksanakan beberapa langkah dan prosedur awal untuk membantu
belia dan usahawan mengatasi masalah itu.
Beliau berkata individu yang menghadapi masalah membayar balik
pembiayaan disebabkan kesulitan aliran tunai dinasihat berbincang dengan
institusi kewangan terbabit bagi menyusun atau menjadual semula
pembiayaan mereka.
"Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan Bank Negara
pada 2006 untuk menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan kepada
pengguna dalam penjadualan semula pinjaman peribadi, pinjaman perumahan,
sewa beli dan kad kredit.
"Selain itu, Skim Penyelesaian Kecil (SDRS) ditubuhkan untuk membantu
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi masalah pinjaman
tak berbayar (NPL) dengan institusi kewangan," katanya menjawab soalan
Senator S Bagiam.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor
Chee Heung berkata sehingga 30 Nov lepas, 178 projek perumahan swasta
terbengkalai di seluruh negara.
Menjawab soalan Senator Baharudin Abu Bakar, katanya daripada jumlah
itu, 113 projek (63 peratus) telah siap atau selesai, 56 projek (32
peratus) sedang berada dalam pelbagai peringkat pemulihan dan baki
sembilan projek (lima peratus) masih di peringkat perancangan awal
pemulihan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment