MIMOS Bhd (Mimos) menggalakkan pemain perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) untuk menggunakan teknologi rangsangan jarak jauh, Rumusan dan
Rangkaian Sensor berasaskan NEMS Ubiquitous sebagai satu medium dalam
perniagaan terutama membabitkan industri pertanian, agrikultur dan
kesihatan.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MimosciptasensorgalakPKShasilproduknano/Article/index_html
Published: December 21, 2012
INOVASI...Saat (kiri) menunjukkan teknologi pengesan jarak jauh yang dihasilkan Mimos.
Teknologi rumusan ini dibangunkan Mimos bagi menghasilkan pelbagai produk komersial seperti teknologi nano untuk industri pertanian dan agrikultur.
Mimos yang menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) selama lima tahun untuk membangunkan teknologi berkenaan mendapati pemain PKS tempatan berpotensi menambah nilai perniagaan pada masa depan menerusi penghasilan produk komersial lebih efektif.
Pengarah MEMS, NEMS, Teknologi Pemprosesan dan Pembungkusan Mimos, Saat Shukri Embong berkata, menerusi pembangunan teknologi itu, ia juga menyokong kepada industri elektrik dan elektronik (E&E) yang kini menyumbang kira-kira 40 peratus dalam nilai perdagangan negara setahun.
Beliau berkata, ini kerana pembangunan teknologi itu tidak hanya ditumpukan kepada satu segmen industri, malah ia boleh dipelbagaikan yang membabitkan sistem rangsangan di dalam produk komersial.
“Mimos mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kajian yang dapat membantu usahawan tempatan bagi menghasilkan produk berkualiti dan memudahkan operasi di dalam perniagaan mereka menerusi teknologi ini.
“Kajian rangsangan jarak jauh memerlukan kos tinggi yang tidak mampu ditanggung pemain industri tempatan dan ini adalah salah satu langkah bagi negara membantu PKS tempatan,” katanya pada majlis taklimat teknologi berkenaan, semalam.
No comments:
Post a Comment