KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- MAIS Zakat Sdn Bhd, anak syarikat
Majlis Agama Islam Selangor, merancang mengeluarkan lebih ramai usahawan
selaras dengan usahanya mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan orang
Islam.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121228/ek_04/MAIS-lahir-ramai-usahawan
Published: December 28, 2012
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=917769
Published: December 28, 2012
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mais-zakat-mahu-keluarkan-lebih-ramai-usahawan-muslim-1.115870
Published: December 28, 2012
Pegawai Pemasarannya, Fasihah Mat Radzi berkata MAIS Zakat yang
ditubuhkan pada Mac tahun lepas, mempunyai objektif yang antaranya
menyemai semangat keusahawanan di kalangan asnaf sekali gus membantu
mereka keluar dari kategori asnaf.
Selain itu, MAIS Zakat juga membantu mengenal pasti kursus dan latihan
kemahiran untuk golongan asnaf dan memadankan kerja yang sesuai untuk
mereka bagi keluar dari kategori asnaf.
"Sekarang ini, kita ada banyak program keusahawanan di bawah syarikat
di mana antaranya adalah pasar rakyat, kedai burger, lori makanan
bergerak, jadi setiap program itu ada usahawan tersendiri," katanya
kepada Bernama di dalam satu temu ramah baru-baru ini.
"Di bawah Bahagian Pembangunan Produk dan Pemasaran yang saya kelolakan sahaja, ada 17 usahawan," katanya.
Katanya, untuk pembangunan produk, MAIS Zakat akan bertindak sebagai
pembiaya dan akan membantu dari segi pelabelan dan cap halal.
Bagi usahawan yang baru bermula, untuk mendapatkan label halal, Fasihah
berkata syaratnya mesti ada premis dan bagi usahawan-usahawan
berkenaan, mereka tiada premis sekali gus menyukarkan mereka untuk
mendapatkan sijil halal.
"Label yang ada di produk kita ada tertera `Usahawan di bawah bimbingan
MAIS Zakat Sdn Bhd, jadi bila produk itu berada di pasaran, orang
tengok produk MAIS sahaja, orang tahu ini adalah produk untuk Muslim.
"Kita berharap, dengan bantuan label itu, produk-produk sebegini akan lebih banyak dikeluarkan di pasaran," katanya.
Selain itu, syarikat itu juga mengenal pasti tapak-tapak pameran
seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia
(MAHA) untuk memberi peluang mereka berniaga secara berkumpulan, sekali
gus mendedahkan mereka dengan pasaran sedia ada.
Melalui 17 usahawan itu, terdapat 17 produk tempatan termasuk ikan
pekasam, coklat cip, jejari udang, popia sejuk beku, keropok lekor dan
pau.
Bagi memastikan mereka mendapat pulangan dan pendapatan yang
berterusan, antara strategi yang dijalankan adalah mendapatkan tempat di
kedai-kedai runcit yang berdekatan dengan tempat kediaman mereka.
Menurut Fasihah, ini bertujuan untuk mengenalkan produk
usahawan-usahawan MAIS di pasaran tempatan sekali gus memastikan
pendapatan yang berterusan bagi mereka.
"Konsep yang akan kita gunakan di kedai itu adalah konsep rak yang
menggunakan label usahawan di bawah bimbingan MAIS Zakat bagi tujuan
membantu promosi," katanya, sambil menyatakan bahawa setiap usahawan
digalakkan mencari lima kedai runcit berhampiran.
Program itu dijangka bermula bulan depan.
Selain itu, Fasihah berkata usahawan-usahawan MAIS Zakat akan dihantar
menyertai kursus-kursus yang boleh memantapkan keusahawanan mereka
termasuk kemahiran merancang secara strategik serta mengenal pasti
dokumen perniagaan yang merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari.-
Bernama
No comments:
Post a Comment