Wednesday, December 12, 2012

Wanita perlu berani dalam perniagaan

IPOH 11 Dis. - Golongan wanita di negeri ini perlu lebih berani tampil ke hadapan dengan merebut segala peluang untuk berjaya dalam pelbagai lapangan terutama keusahawanan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20121212/wu_03/Wanita-perlu-berani-dalam-perniagaan
Published: December 12, 2012: December 12, 2012


SARIPAH Zulkifli (kiri) beramah-mesra dengan peserta Seminar Keusahawanan dan Penyampaian Sijil Program Inkubator Kemahiran Ibu Tungga di MH Hotel, di Ipoh, semalam.

Yang Dipertua Badan Amal dan Isteri-isteri Wakil Rakyat Perak (Baiduri), Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, golongan tersebut perlu yakin kepada diri sendiri jika ingin bergelar usahawan berjaya sekali gus memecahkan monopoli kaum lelaki dalam bidang itu.

"Wanita sekarang sudah bergerak maju ke hadapan dan perkembangan kini memperlihatkan golongan itu tidak kurang hebatnya berbanding golongan lelaki hingga dijadikan idola untuk usahawan baru.

"Harapan saya agar mereka sentiasa memajukan diri kerana kerajaan sendiri telah menyediakan landasan bagi mereka memasuki dunia keusahawanan melalui pelbagai program yang dianjurkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup Seminar Keusahawanan dan Penyampaian Sijil Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) di MH Hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Selangor, Mohd. Hazimin Jamaludin dan Timbalan Pengarah JPW Perak, Rohana Mohamed Ali @ Halim.

Pada majlis tersebut, seramai 30 ibu tunggal menerima sijil masing-masing dalam bidang penghasilan produk berasaskan pertanian dan rawatan kecantikan serta persolekan.
Sementara itu, Rohana memberitahu, sep
anjang program I-KIT dilaksanakan sejak 2008, seramai 241 ibu tunggal di negeri ini dibantu melalui pelbagai kursus keusahawanan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 30 peratus daripadanya berjaya mengusahakan perniagaan masing-masing.

"Program ini merupakan langkah yang diambil oleh jabatan untuk meningkatkan bilangan usahawan wanita di negeri ini dan sepanjang hampir lima tahun dilaksanakan, kita lihat golongan ini semakin menunjukkan kebolehan masing-masing," ujarnya.

No comments: