Sunday, December 30, 2012

Peruntukan RM226 Juta Kepada Giatmara Tahun Depan - Hasan

KUALA PILAH, 30 Dis (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM226 juta tahun depan kepada GiatMara, agensi latihan di bawah kementerian itu, untuk belanja mengurus 231 pusat latihan di seluruh negara termasuk ibu pejabat.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=918449
Published: December 30, 2012

Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata kementerian itu juga menyediakan RM10 juta tahun depan pada menjayakan program inkubator, iaitu untuk lepasan GiatMara yang cenderung ke arah menjadi usahawan.

"Bagi Negeri Sembilan, RM390,000 pada 2013 untuk program inkubator bagi seramai 60 orang lepasan GiatMara yang masing-masing akan menerima peruntukan bernilai RM6,500.

"Di Parlimen Kuala Pilah sahaja sejumlah RM117,000 akan diperuntukkan untuk menjayakan program inkubator pada tahun depan" katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi GiatMara Negeri Sembilan sesi Januari dan Julai 2012 di sini, Ahad.

Hasan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah berharap menerusi program inkubator, para peserta akan mendapat manfaat membantu mereka memulakan perniagaan.

-- BERNAMA

No comments: