Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PlatformiklanonlineuntukPKS/Article/index_html
Published: December 03, 2012
Ketua Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, Malaysia mempunyai lebih 18 juta pengguna Internet dan lebih 60 peratus daripada mereka menggunakannya untuk membuat pembelian atau mencari perkhidmatan.
“Peluang bagi PKS beralih ke digital adalah penting. Ini kerana terdapat 700,000 IKS di negara dan hanya 100,000 aktif dalam talian dengan sebahagian kecil mengiklankan di web. “Program Perkongsian PKS Premier bekerjasama dengan pembekal AdWords berpengalaman. Mereka pakar yang membantu IKS mendapat pelanggan baru, mengurus serta mengoptimumkan kempen pengiklanan dalam talian mereka,” katanya pada sidang media mengumumkan rakan kongsi Google terbaru iaitu Yellow Pages, PanPages by CBSA dan Activa Media bagi program itu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TM InfoMedia, Alfian Abu Talib dan Ketua Pegawai Eksekutif CBSA Online, HK Song.
Sajith berkata, ramai PKS berhasrat memasarkan produk mereka dalam talian, tetapi terdapat kekangan seperti kekurangan masa, sumber atau kepakaran untuk memulakannya. “Rakyat Malaysia kini berada di dalam talian dan beralih ke web untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka. Digital bukan satu trend masa depan jadi IKS perlu pantas merebut pelanggan mereka.
No comments:
Post a Comment