Tuesday, July 3, 2012

Muhazrin ketengah produk Melayu etnik

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/muhazrin-ketengah-produk-melayu-etnik-1.63116

Published: on 03 July 2012
NURAINN AZHAR

Muhazrin ketengah produk Melayu etnik
Asmah (kiri) ketika mempromosikan produk keluaran Muhazrin.

MUHAZRIN Holdings Sdn Bhd menerusi produk jenama Vias mengetengahkan makanan Melayu etnik dalam bentuk jeruk dan puri herba serta rempah ratus yang terbahagi kepada sepuluh jenis.

Pengarah Urusannya, Asmah Abdullah berkata, segmen makanan Melayu etnik lebih tertumpu pada pasaran Malaysia manakala pengeluaran puri adalah untuk menampung permintaan pasaran luar.
Menurutnya, 80 peratus daripada perolehan syarikat disumbangkan pasaran eksport termasuk United Kingdom dan Australia.

“Sambutan yang diterima menjadikan syarikat lebih optimis meningkatkan jualan dua kali ganda tahun ini berbanding 2011 yang merekodkan RM100,000.

“Puri yang disediakan dalam botol tersebut sentiasa mendapat permintaan daripada chef dan komuniti yang menetap dan bekerja di perantauan,” katanya kepada Sinar Harian.

Asmah berkata, Morocco dan Singapura adalah dua negara yang bakal ditembusi dan kini masih dalam pe-rundingan kolaborasi,” katanya.

Katanya, berbeza dengan pasaran Malaysia, produknya lebih popular di pasar tani dan pasar malam berikutan ia belum diketengahkan ke pasar raya.

Menurut Asmah, bagaimanapun, syarikat tetap menitikberatkan segmen pembungkusan kerana ingin menawarkan produk kontemporari kepada pelanggan.

“Dalam tempoh dua tahun, Muhazrin melabur RM300,000 bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan, pemasaran serta pembungkusan bagi pasaran dalam dan luar negara,” katanya

No comments: