TANJUNG MALIM, 19 Dis (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi menggesa masyarakat agar memanfaatkan kekayaan hasil alam
semula jadi di negara ini untuk meraih pendapatan lumayan.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=916440
Published: December 20, 2012
Katanya dengan perkembangan teknologi terkini serta pengenalan
bioteknologi, tidak sukar bagi usahawan untuk menghasilkan produk
berkualiti daripada alam semula jadi.
"Oleh sebab itu, pada pandangan saya pertanian perlu menjadi perkara
utama, jangan kita ingat pertanian itu satu perkara leceh, tidak ada
keseronokan, tetapi kalau kita menggunakan teknologi yang ada, kita
sebenarnya akan menemui kekayaan yang banyak," katanya.
Beliau menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pertanian dengan nilai tambah
menjana kesejahteraan hidup' pada majlis Syarahan Bersama Tokoh anjuran
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini Rabu.
Turut hadir Naib Canselor UPSI Datuk Dr Zakaria Kasa.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment