Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GooglelancarplatformPKSpasarproduk/Article
Published: December 10, 2012
Bantu PKS tempatan
Ketua Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan, berkata menerusi program itu, rakan niaga yang menyertai program terbabit akan menyediakan perkhidmatan khusus bagi membantu PKS tempatan meningkatkan penerokaan pasaran menerusi teknologi pengiklanan digital Google.
Katanya, perkhidmatan itu meliputi kepakaran membangunkan, menguruskan dan mengoptimumkan kempen pengiklanan digital PKS bagi memenuhi keperluan mereka mendekati pelanggan.
“Jumlah PKS yang mempunyai akses pasaran dalam talian masih terlalu kecil iaitu hanya 100,000 PKS yang memiliki laman web berbanding 700,000 PKS di Malaysia, sedangkan potensi pasarannya sangat besar dengan 18 juta pengguna internet di negara ini.
“Kebanyakan PKS mahu memiliki perniagaan atau pengiklanan dalam talian tetapi jurang perbezaan timbul kerana mereka tidak mempunyai kepakaran, masa dan sumber untuk memulakannya.”
No comments:
Post a Comment