Sunday, December 30, 2012

Menilai laman web dan kaedah pemasaran anda

LAMAN web membantu mempromosikan perniagaan dalam talian dengan membolehkan pelanggan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121229/ek_02/Menilai-laman-web-dan-kaedah-pemasaran-anda
Published: December 30, 2012

Bagi yang memfokuskan kepada pelanggan, apakah pencapaian yang ingin dicapai melalui laman web anda?

* Menjual produk dan perkhidmatan secara dalam talian.
* Memberikan informasi berkaitan dengan produk dan perkhidmatan.
* Menarik jualan baharu.
* Menarik minat lebih ramai pelanggan.

Menjadikan laman web lebih berkesan
Laman web yang efektif dan direkabentuk dengan baik boleh memberikan impak berbeza dari segi tarikan pelanggan baru dan juga dalam penjanaan jualan. Ia juga perlu kemas, professional, mudah dicari, tersusun, dan disokong oleh khidmat pelanggan yang baik.

Adakah laman web anda memberikan informasi berikut?

* Waktu operasi.
* Maklumat untuk dihubungi (telefon, faks atau e- mel).
* Lokasi (alamat dan peta).
* Bahagian 'Mengenai Kami' (untuk membina kepercayaan dan kredibiliti bagi pelanggan baru).
* Produk dan perkhidmatan.
* Borang pertanyaan pelanggan.
* Gambar kedai/ pejabat/ produk.
* Terma dan syarat.
* Polisi keselamatan.
* Jawapan kepada soalan yang sering ditanya (FAQ).
* Cara pembayaran.
* Tawaran menarik dan kupon.
* Testimoni daripada pelanggan.
* Dokumen bantuan untuk produk anda.

Apa Yang Dijual Melalui Laman Web Anda?
Adakah anda memperlihatkan informasi berikut pada laman web anda untuk setiap produk dan perkhidmatan?

* Spesifikasi
* Harga
* Cara pesanan
* Ulasan
* Informasi lain yang berkaitan untuk pelanggan

Adakah anda mempunyai?
* Emel jawapan automatik apabila para pengguna meminta informasi atau membuat pembelian.
* Borang pendaftaran untuk promosi dan pengumuman.
* Cara untuk laman web anda memproses pesanan untuk dihantar dengan tepat.

Menilai Kaedah Pemasaran
Kaedah pemasaran perlu menghubungkan anda dengan dua kumpulan iaitu:

* Yang aktif mencari apa yang anda jual
* Yang tidak mencari apa yang anda jual, tetapi hadir melalui iklan anda ketika membuat urusan lain.

Oleh itu, anda perlu memastikan:-

* Apakah kaedah pemasaran yang digunakan dalam mempromosikan perniagaan (contoh : penyenaraian pada direktori, pemasaran carian)?
* Berapakah jumlah yang dibelanjakan untuk setiap kaedah?
* Apakah pendapatan yang dijana untuk setiap kaedah pemasaran?

Ia juga boleh dilakukan dengan mudah dan pada kos yang amat rendah. Apabila anda menetapkan belanjawan bulanan, anda boleh menetapkan had perbelanjaan dan mendapatkan lebih ramai pelanggan serta lebih memahami pemasaran carian secara menyeluruh.

No comments: