Monday, June 4, 2012

PNS francais urus jenazah

PERBADANAN Nasional Bhd (PNS) agensi pembiaya perniagaan francais di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), komited untuk sentiasa memperkenalkan perniagaan francais baru serta unik dari semasa ke semasa bercadang memperkenalkan perniagaan francais bagi pengurusan jenazah dalam masa terdekat ini.

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PNSfrancaisurusjenazah/Article/index_html
Published: on 04 Jun 2012

Pengarah Urusannya, Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, untuk itu, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat berpengalaman dalam bidang pengurusan jenazah untuk memfrancaiskan perniagaan mereka.

“Ada pihak bertemu dengan kami bertanyakan sama ada boleh atau tidak perniagaan jenazah difrancaiskan dan bagi saya, ia satu idea yang menarik serta boleh diketengahkan.

“Ramai masyarakat yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian di kalangan keluarga mereka. Dengan adanya perkhidmatan seperti ini dan difrancaiskan pula, tentunya lebih memudahkan kerana syarikat berkecimpung dalam bidang berkenaan akan menguruskan semuanya sehinggalah mayat dikebumikan. Selain itu, ia juga fardu kifayah,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, dana RM10 juta yang disediakan kerajaan di bawah Dana Perkembangan Luar Negara, masih mempunyai baki berjumlah RM7.5 juta.

“Dana ini yang diperkenalkan kali pertama dpada Oktober tahun lalu, adalah antara sokongan yang disediakan untuk membantu perkembangan francaisor tempatan menembusi pasaran luar negara.


“Francaisor tempatan tidak harus hanya memberi tumpuan kepada pasaran domestik kerana pasaran yang sebenarnya di luar sana kerana perlu diingat, pasaran di Malaysia hanya terdapat 28 juta penduduk. Jika ke China atau India, jumlah penduduknya satu bilion dan jumlah penduduk dunia adalah tujuh bilion,” katanya.

No comments: