Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/1_400PKSJepunlaburdiMalaysia/Article/index_html
Published: on 02 Jun 2012
PERMINTAAN dan minat daripada pengusaha perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) dari Jepun untuk mengembangkan pasaran ke Malaysia
dilihat semakin memberangsangkan, kata Organisasi Perdagangan Luaran
Jepun (Jetro).
Pengarah Urusannya, Joji Ikeshita berkata, prestasi
memberangsangkan itu juga mungkin disokong pelbagai kemudahan yang
banyak tersedia di Malaysia.
Katanya, syarikat Jepun yang
sudah menembusi pasaran tempatan ketika ini lebih kurang 1,400 dan
dijangka terus bertambah berikutan Malaysia adalah negara yang strategik
serta memiliki banyak sumber.
“Jika sebelum ini, syarikat Jepun dilihat lebih menunjukkan minat
untuk datang ke Malaysia bagi mewujudkan dagangan dalam sektor
pembuatan, tetapi kini kami melihat lebih banyak bidang yang dapat
diceburi,”
katanya kepada media selepas pelancaran Pameran Hiroshima di
AEON Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.
No comments:
Post a Comment