KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- SME Corp Malaysia menjangka
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan berkembang melebihi enam
peratus tahun ini, didorong oleh permintaan domestik yang baik.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=936341
Published: March 22, 2013
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim berkata sektor itu
sentiasa konsisten dari segi pertumbuhan dan selalu mengatasi
pertumbuhan negara.
"Setiap tahun, PKS mencapai pertumbuhan kira-kira satu atau dua peratus
lebih baik daripada negara dan ia akan sama tahun ini," katanya kepada
pemberita selepas pelancaran SMIDEX 2013 dan Persidangan PKS Asean-Korea
di sini Khamis.
Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2012, ekonomi negara
dijangka kekal pada pertumbuhan yang stabil, dengan pengembangan lima
hingga enam peratus peratus tahun ini, diterajui oleh daya tahan
berterusan dalam permintaan domestik dan disokong oleh peningkatan
beransur-ansur dalam sektor luaran.
Hafsah berkata prospek ekonomi yang baik meningkatkan sektor PKS.
Beliau berkata prestasi sektor itu akan bergantung kepada bagaimana dasar dan program PKS dijalankan.
"PKS merupakan ejen penting dalam pertumbuhan ekonomi, pembangunan
mereka diiktiraf sebagai keutamaan dalam agenda negara dan banyak
program diadakan untuk mengubah mereka menjadi entiti yang berdaya
saing, berdaya tahan dan mencipta nilai," kata beliau.
Dilaporkan sebelum ini bahawa SME Corp menjangka PKS menyumbang 40
peratus peratus kepada keluaran dalam negara kasar negara menjelang
2020, daripada 32.5 peratus sekarang ini.
Hafsah berkata PKS perlu melonjakkan pertumbuhan manakala teknologi dan inovasi akan membantu industri bergerak ke hadapan.
"PKS telah menjadi penyedia impak yang baik kepada ekonomi dengan
teknologi dan inovasi dikenal pasti sebagai daya penggerak ke arah
mencapai pembangunan mapan pertumbuhan PKS di negara ini, "katanya.
Beliau berkata pertumbuhan PKS yang baik akan membantu negara mencapai pendapatan negara kasar US$15,000 walaupun sebelum 2020.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment