Saturday, December 8, 2012

Sumbangan PKS Kepada KDNK Disasar Meningkat Kepada 40 Peratus - Mustapa Mohamed

MELAKA, 8 Dis (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), yang kini menyumbang 33 hingga 34 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kepada 40 peratus, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=714931
Published: December 08, 2012

Beliau berkata usaha serta transformasi PKS kepada produk yang berkualiti dan bernilai tinggi sedang dilaksanakan menerusi pelan induk PKS yang dilancarkan pada Julai lepas.

"Pelan Induk PKS bermatlamat melonjakkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan seterusnya membawa pembangunan PKS ke satu peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2012 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini Sabtu.

Turut hadir pada pameran SDSI ketujuh yang disertai lebih 500 peserta pameran itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

SDSI merupakan pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk dan perkhidmatan SDSI dari seluruh negara dalam usaha untuk memasarkan dan mempromosikan keluaran SDSI.

-- BERNAMA

No comments: