Sunday, December 30, 2012

MARA Cipta Rekod Hasilkan Bunga Pahar Terbesar

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Inisiatif MARA menggubah 7,000 tangkai bunga pahar lengkap dengan telur asin yang disusun setinggi enam meter dengan ukur lilit 12m hari ini berjaya memasuki Buku Rekod Malaysia sebagai gubahan terbesar setakat ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=918492
Published: December 30, 2012

Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA Datuk Mohd Rosdi Ismail berkata: "Gubahan itu melibatkan kakitangan Pejabat Mara dan Giatmara Wilayah Persekutuan mengambil masa lima hari untuk disiapkan, termasuk empat hari untuk merebus telur".

Bercakap kepada pemberita pada Festival Perkahwinan MARA 2012 di bangunan Medan Mara di sini Ahad, beliau berkata, bunga telur itu akan diagihkan kepada beberapa rumah kebajikan selain dijadikan cendera hati kepada ratusan tetamu yang menghadiri majlis.

Tetamu turut menyaksikan persandingan sepasang pengantin daripada golongan asnaf kurang berkemampuan yang berlangsung dengan kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Mohd Rosdi berkata Mara juga bercadang menjadikan bangunan Medan Mara sebagai destinasi pelancongan berasaskan industri songket.

-- BERNAMA

No comments: