Monday, December 24, 2012

20 Peratus Peserta Program 1AZAM S'awak Berjaya Tingkat Pendapatan

KUCHING, 24 Dis (Bernama) -- Antara 15 dan 20 peratus peserta program 1AZAM di negeri ini berjaya meningkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka, kata Pengarah Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB) Sarawak, Kameri Affandi.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=917329
Published: December 24, 2012

Beliau berkata terdapat lebih 7,000 peserta di negeri ini yang mendapat manfaat daripada 1AZAM.

"UPUB akan terus memberi motivasi kepada mereka untuk berjaya dalam program yang telah dipilih," katanya kepada pemberita selepas penyampaian sijil serta penyerahan mesin dan peralatan program 1AZAM Khidmat Jahitan, di sini Isnin.

Sebanyak 45 peserta dari dari lapan daerah iaitu Kuching, Lundu, Samarahan, Serian, Simunjan, Asajaya, Sri Aman, dan Betong mengikuti latihan selama enam hari itu.

--BERNAMA

No comments: