Thursday, December 13, 2012

Kerajaan Peruntuk RM400 Juta, Progam 1Azam Tahun Depan

KEPALA BATAS, 12 Dis (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM400 juta untuk program 1Azam pada 2013 sebagai usaha membantu golongan miskin.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=914960
Published: December 13, 2012

Timbalan Menteri Datuk Noriah Kasnon berkata pihaknya mensasarkan sekurang-kurangnya 65,000 peserta akan memperoleh manfaat daripada peruntukan berkenaan.

"Usaha kerajaan ini telah berjaya kerana sehingga 30 Nov lepas lebih 65 peratus daripada 90,983 peserta di seluruh Malaysia berupaya menambah kira-kira RM200 lagi pendapatan mereka sebulan," katanya kepada pemberita selepas Program Karisma 1Azam Kepala Batas, di sini Rabu.

Majlis dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, menyaksikan seramai 57 peserta menerima barangan permulaan perniagaan.

Terdapat empat jenis Azam di bawah program 1Azam, iaitu Azam Kerja, Azam Niaga, Azam Khidmat dan Azam Tani. Program 1Azam Niaga dan Khidmat diletakkan di bawah KPWKM yang menawarkan 10 bidang, antaranya jahitan, pembuatan kuih, makanan sejuk beku dan gerai makanan.

-- BERNAMA

No comments: