Wednesday, December 26, 2012

PKS sumbang 40 peratus menjelang 2020

KUALA LUMPUR - SME Corp Malaysia (SME Corp) menjangka Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS menyumbang 40 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2020, daripada 32.5 peratus sekarang.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pks-sumbang-40-peratus-menjelang-2020-1.115488
Published: December 26, 2012

Datuk Hafsah Hashim

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, sasaran itu boleh dicapai dan SME Corp menyasarkan peningkatan sumbangan PKS kepada KDNK sebanyak satu mata peratusan setiap tahun.

"SME Corp akan juga melaksanakan pelan induknya tahun depan," katanya.

Beliau berkata, PKS merupakan ejen penting bagi pertumbuhan ekonomi, pembangunan PKS telah dikenal pasti sebagai satu keutamaan dalam agenda negara dan banyak program pembangunan telah diadakan untuk mengubah PKS menjadi entiti yang
berdaya saing, berdaya tahan dan yang mencipta nilai.

Ditanya tentang prospek bagi 2013, beliau berkata ini bergantung kepada senario ekonomi, dan PKS sentiasa menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada ekonomi keseluruhan.

Hafsah berkata, SME Corp ialah pusat rujukan bagi mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat bagi semua PKS di Malaysia, dan diberikan tanggungjawab yang sangat besar untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dasar, strategi dan program pembangunan bagi PKS.

“Kerajaan telah memperuntukkan RM14 bilion dalam Belanjawan 2013 untuk merangsang pertumbuhan usahawan Bumiputera,” katanya kepada Bernama selepas upacara tamat kursus program Kaunselor Kewangan dan Kaunselor Perniagaan Agensi Kerjasama Antarabangsa Malaysia-Jepun.

Beliau berkata, majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, itu dianjurkan untuk menaikkan taraf dan meningkatkan kapasiti pengurusan pegawai-pegawai SME Corp dan membolehkan mereka memberikan khidmat nasihat perniagaan yang berkesan kepada PKS.

“Ia juga memastikan PKS mendapat maklumat yang lengkap tentang inisiatif dan insentif ditawarkan oleh kerajaan bersama dengan entiti swasta,” tegas Hafsah.

No comments: