Thursday, December 6, 2012

Jenama Baharu Nik Sah Tembusi Pasaran Rempah Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Syarikat pengeluar rempah-ratus dari Kelantan, Warisan Nik Sah Enterprise, bercadang menembusi pasaran rempah-ratus Malaysia menerusi jenama Nik Sahnya tahun depan. Pemilik syarikat, Bunyamin Kamaruddin berkata untuk tujuan itu, Warisan Nik Sah telah memulakan rancangan peluasan yang rancak, yang termasuklah mewujudkan entiti baharu serta sebuah kilang pengeluaran.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=714108
Published: December 06, 2012

"Pada masa ini kami beroperasi menerusi dua kilang untuk pengeluaran dan pemasaran. Kilang ketiga akan membolehkan kami melaksanakan pelan peluasan dengan lancar," kata Bunyamin kepada Bernama sambil menambah yang semua kilang akan berpangkalan di Kelantan.

Beliau menambah yang Warisan Nik Sah berhasrat mendapatkan perhatian daripada stokis berpotensi, pengguna dan industri, menerusi Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa 2012.

Beliau juga berkata Warisan Nik Sah, jenama terkenal di Kelantan sejak diperkenalkan pada tahun 1957, dari dahulu lagi telah membekalkan rempah-ratus mentah kepada beberapa peruncit rempah-ratus terkemuka di Malaysia.

"Kali ini, kami mahu memperkenalkan jenama kami sendiri. Jenama kami kali ini ialah Nik Sah, setanding dengan jenama Adabi.

"Resipi ini adalah warisan saya dan kami akan memastikan rasa dan pengalamannya tidak berubah walaupun telah dikomersilkan seluruh negara."

Nik Sah menghasilkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari ikan dan ayam, serbuk kurma, pes ikan dan kari ayam segera berkualiti tinggi.

-- BERNAMA 

No comments: