Wednesday, December 12, 2012

Ramai Usahawan Kelantan Berhijrah Cari Peluang Perniagan Lebih Baik

KOTA BAHARU, 11 Dis (Bernama) -- Ramai usahawan Kelantan berhijrah ke negeri lain untuk mencari peluang perniagaan lebih baik kerana peluang perniagaan di negeri ini tidak mencukupi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=715469
Published: December 12, 2012

Beliau berkata, dengan semangat berniaga yang tinggi, mereka menjadi usahawan berjaya di negeri terbabit.

"Saya berbangga di mana sahaja saya pergi, saya berjumpa dengan usahawan Kelantan yang berniaga di negeri lain seperti Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Ini berlaku kerana negeri tersebut berkembang pesat dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Usahawan Kelantan di sini Selasa.

Mustapa berkata negeri yang sedang pesat membangun seperti Johor dan Melaka akan menjadi tumpuan baru kepada usahawan Kelantan.

"Saya menjangkakan selepas ini, lebih ramai rakyat Kelantan akan berhijrah ke Johor kerana ada puluhan ribu peluang pekerjaan melalui Iskandar Malaysia, Nusajaya dan projek baru di Pengerang. Pusat pertumbuhan baru di Malaysia ialah Johor," katanya.

-- BERNAMA

No comments: