Wednesday, December 12, 2012

ACE Jerneh lancar insurans lindung PKS

ACE Jerneh Insurance Bhd melancarkan FlexiGuard Business Insurance, iaitu perlindungan insurans khusus untuk pemilik perniagaan kecil.

Dirangka khusus untuk menampung keperluan pengurusan risiko unik syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), FlexiGuard Business Insurance ialah penyelesaian insurans fleksibel yang memberikan perlindungan terhadap kebakaran, semua risiko, kecurian, wang, kaca, liabiliti awam, kesetiaan, kerugian penting dan kemalangan peribadi berkumpulan.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ACEJernehlancarinsuranslindungPKS/Article
Published: December 12, 2012

Polisi mudah
Keanjalan produk dan disokong oleh keupayaan mengendalikan tuntutan akan bantu pemilik perniagaan mengurus risiko mereka dengan berkesan," Steve Crouch, Presiden Negara ACE Jerneh
ACE Jerneh dalam kenyataannya, berkata pemilik perniagaan boleh memilih perlindungan yang mereka mahu dan membayar hanya untuk apa yang perlukan.

Polisi itu boleh dipinda dengan mudah sepanjang tempoh perlindungan jika pemilik perniagaan memutuskan untuk menambah, menggugurkan, mengurangkan atau menambah perlindungan, katanya.

Presiden Negara ACE Jerneh, Steve Crouch, dalam kenyataan itu berkata, PKS adalah segmen yang pesat berkembang di Malaysia dan pengurusan risiko adalah kaedah yang penting dalam memastikan kemampanan perniagaan mereka.

Boleh buat sebut harga
“Keanjalan produk dan disokong oleh keupayaan mengendalikan tuntutan, akan membantu pemilik perniagaan mengurus risiko mereka dengan berkesan supaya mereka boleh memberikan tumpuan terhadap usaha untuk mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

FlexiGuard Business Insurance disokong oleh sistem e-platform ACE yang canggih yang memberikan sebut harga serta-merta dan mengeluarkan polisi.

Sistem itu membolehkan pengguna membuat sebut harga, mengikat jamin, mengeluarkan nota perlindungan dan membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

No comments: