Tuesday, December 11, 2012

ARENA Cipta (M) Sdn Bhd - Jualan cecah RM1.4j

ARENA Cipta (M) Sdn Bhd (www.arenacipta3m.com), pengeluar mesin dan peralatan pemprosesan kini bersedia memasarkan produknya ke pasaran terbuka dengan memperkenalkan mesin pengeluaran makanan sejuk beku tahun depan, selain ratusan inovasi produk mesin sedia ada.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JualancecahRM1_4j/Article/index_html
Published: December 11, 2012

Pengarah Jualannya, Mashadir Mohamed Sebari berkata, syarikatnya yang ditubuhkan pada 2006 sebelum ini memberi fokus kepada pembuatan mesin secara tempahan dari pelanggannya yang terdiri daripada pengusaha makanan, perladangan, kecantikan dan produk kesihatan.

“Arena Cipta mempunyai kepakaran kejuruteraan untuk mereka bentuk, mengeluar, mengubah suai serta memperbaiki pelbagai jenis mesin bergantung kepada bajet dan kehendak pelanggan. “Sehingga kini, kami sudah menghasilkan pelbagai jenis mesin secara tempahan yang antaranya mesin pengeluaran makanan sejuk beku seperti karipap, donut, biskut, kuih tradisional dan pengering makanan.

“Jualan produk kami mencecah RM1.4 juta setahun. Produk kami juga telah menembusi pasaran antarabangsa iaitu di Indonesia selain dipamerkan di pameran antarabangsa di Jerman baru-baru ini,” katanya kepada Bisnes Metro ketika ditemui di Pameran Perdagangan Antarabangsa (Intrade).

Mashadir berkata, inovasi yang dicipta syarikatnya bukan saja membantu usahawan industri kecil dan sederhana meningkatkan produktiviti syarikat masing-masing, malah menaik taraf kualiti produk yang dikeluarkan.

“Contohnya seperti mesin pemprosesan karipap sejuk beku, mesin yang ditawarkan dengan harga RM20,000 mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 1,200 biji karipap sejam yang hanya dikendalikan oleh dua orang pekerja saja. Ia sudah dijual sebanyak 20 unit sejak direka dua tahun lalu.

“Bukan itu saja, Arena Cipta juga agresif menghasilkan produk teknologi hijau berasaskan solar dan hibrid serta biodiesel dengan kerjasama universiti tempatan yang ingin mengkomersialkan produk prototaip mereka,” katanya.

No comments: