Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/google-bantu-pks-1.108928
Published: December 02, 2012
Sajith (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TM InfoMedia,
Alfi an Abu Talib (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif CBSA Online, HK Song.
Program ini direka untuk membawa pemasaran digital kepada lebih banyak PKS dengan cara menggalakkan rangkaian rakan kongsi untuk menyediakan perkhidmatan khusus yang dapat membantu perkembangan PKS.
Google Malaysia turut mengumumkan tiga rakan kongsi premier yang telah menyertai program itu iaitu Yellow Pages oleh TM Info-Media Sdn Bhd, PanPages oleh CBSA Online dan Active Media.
Ketuanya, Sajith Sivanandan berkata, rakyat Malaysia hari ini ramai yang telah menggunakan perkhidmatan internet, dan mereka sentiasa mengakses laman web untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
“Justeru itu, digital bukanlah budaya akan datang. Tetapi ia sedang berlaku hari ini dan PKS perlu mengejar pelanggan.
“PKS merupakan tulang belakang ekonomi negara, dan kami berbesar hati untuk melancarkan program ini bagi membantu pengusaha PKS mendapat manfaat daripada penglibatan secara langsung rakan kongsi Google,” katanya selepas majlis pelancaran, di Kuala Lumpur.
Lebih 18 juta rakyat Malaysia adalah pengguna internet, dan lebih 60 peratus daripadanya membuat carian menerusi internet sebelum membeli.
Peluang untuk PKS ke arah digital adalah besar kerana daripada 700,000 PKS dalam negara, hanya 100,000 aktif dan sebahagian kecil daripadanya mengiklankan perniagaan di web.
No comments:
Post a Comment