Sunday, December 30, 2012

Intan Biotech terus lakar sejarah

KOTA BHARU - Syarikat pengeluar produk kopi pra campuran terbesar di Pantai Timur, Intan Biotech Industries Sdn Bhd terus melakar sejarah apabila dinobatkan penerima Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/intan-biotech-terus-lakar-sejarah-1.116519
Published: December 30, 2012

MeSTIMeSTI

Pengurus Jaminan Kualitinya, Syamsul Kamal Adnan berkata, Intan Biotech yang juga antara pengeluar kopi pra campuran terbesar di Malaysia memohon Pensijilan MeSTI Jun lalu setelah melalui proses Audit Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

“Dengan penerimaan sijil itu, Intan Biotech kini termasuk dalam kalangan 200 Enterprise Kecil Sederhana (EKS) secara keseluruhannya di negara ini yang mempunyai sijil berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Intan Biotech bersama 30 Syarikat EKS di negeri ini menerima Pensijilan MeSTI sempena Majlis Perasmian Pusat Perkhidmatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) baru-baru ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP), Datuk Makhtar Mustapha dan sijil tersebut diserahkan kepada Pengarah Urusan Intan Biotech Industries Sdn Bhd, Atikah Abdullah.

Syamsul Kamal berkata, sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia itu sangat penting dalam memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa produk syarikat berkenaan terjamin keselamatannya.

“Sekarang kita dalam proses untuk mendapatkan sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan sijil Hazard Analysis Control Point (HACCP) iaitu pensijilan tertinggi,” katanya.

Dalam pada itu katanya, selain Malaysia, produk Intan Biotech juga berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara seperti di Thailand, Singapura, Vietnam dan Brunei.

“Untuk tahun depan, syarikat  mensasarkan jualan sebanyak RM20 juta setelah berjaya mencapai sasaran RM10 juta pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, perancangan terdekat Intan Biotech adalah untuk menembusi pasaran China dan beberapa negara lain.

“Sehingga kini, kita mempunyai lima produk kopi pracampuran jenama sendiri seperti Tok Guru Pondok, Bio-Goat, Bio-Stevia, Hi-Biotek dan Oriherbs,” katanya.

No comments: