Thursday, December 13, 2012

Indonesia, China jadi destinasi utama peluasan PKS Malaysia

KUALA LUMPUR - Indonesia dan China muncul sebagai destinasi utama peluasan operasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia di luar negara.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=914838
Published: December 13, 2012

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/indonesia-china-jadi-destinasi-utama-peluasan-pks-malaysia-1.111929
Published: December 13, 2012

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pemilihan negara berkenaan dibuat berikutan permintaan pengguna, pertumbuhan pesat dan bahasa yang sama.
  
Ia diikuti Singapura, Thailand dan India, kata bank itu yang memetik kajian PKS Malaysia 2012 yang membabitkan 450 pemilik PKS Malaysia dalam pelbagai sektor.
  
Kajian itu juga menunjukkan dua daripada tiga PKS Malaysia merancang mengembangkan pasaran masing-masing dalam tempoh tiga tahun akan datang.
  
Daripada jumlah itu, lebih separuh merancang membuat peluasan dalam negara (55 peratus) manakala selebihnya akan membuka operasi (45 peratus) di luar negara, katanya.
  
Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Wong Kim Choong berkata keyakinan dalam unjuran ekonomi jangka sederhana bagi Asia mendorong banyak PKS meluaskan perniagaan masing-masing.
  
"Indonesia dan China telah menunjukkan pemulihan ketika ketidaktentuan ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat. Permintaan pengguna yang kukuh dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan di Indonesia dan China merupakan pertimbangan utama PKS Malaysia dalam mencari peluang peluasan di luar negara," katanya.
  
Dalam beberapa bulan, beliau berkata UOB Malaysia menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan PKS yang meneroka pilihan pembiayaan untuk melebarkan sayap ke  Indonesia dan China, terutama dalam industri makanan dan minuman, percetakan dan pembungkusan serta perniagaan berkaitan pembinaan.
  
Bagi merealisasikan peluasan ke luar negara itu, PKS memerlukan akses mudah kepada pembiayaan selain kepakaran dalam membuka operasi di negara asing, kata Wong. - Bernama

No comments: