Sunday, December 30, 2012

Fama Terengganu Atur Program Pertukaran Lawatan Usahawan Sambil Bantu Promosi TMT 2013

KUALA TERENGGANU, 30 Dis (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu menyusun pelbagai aktiviti termasuk program pertukaran lawatan sambil belajar di kalangan usahawan seluruh negara bagi membantu mempromosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=918446
Published: December 30, 2012

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/fama-terengganu-atur-program-pertukaran-lawatan-usahawan-1.116635
Published: December 30, 2012

Hasan-Jusoh

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata usaha tersebut merupakan antara sumbangan agensi itu bagi menarik minat usahawan luar tentang keunikan serta peluang niaga yang terdapat di sebalik lawatan sambil belajar ke negeri ini.

"Bila orang luar datang melawat Fama Terengganu, kita akan promosikan TMT. Ia ibarat sambil menyelam minum air yang turut mampu menambah peluang ekonomi
negeri," katanya kepada Bernama selepas majlis meraikan persaraan dua petugas Fama di sini, hari ini.

Katanya sebagai langkah awal, Fama kini giat mempromosi TMT pada Karnival Halal 1Malaysia yang diadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) baru-baru ini.

Di samping itu, beliau berkata promosi yang dijalankan itu, Fama berharap ia mampu membuka peluang terhadap mana-mana pelabur luar membantu usahawan memajukan burung walit di Terengganu.

Beliau berkata dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Fama boleh membantu usahawan berkenaan dari segi khidmat nasihat. - Bernama

No comments: