Tuesday, December 18, 2012

Meterai perjanjian laksana Program Inovasi Nilai PKS

THE BrandLaureate (BrandLaureate) pertubuhan penarafan jenama Asia Pasifik memeterai perjanjian persefahaman bersama UCSI Blue Ocean Strategy Regional Centre (UCSI BOSRC) bagi melaksana Program Inovasi Nilai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bermatlamat membantu usahawan PKS di negara ini memantapkan penjenamaan mereka.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MeteraiperjanjianlaksanaProgramInovasiNilaiPKS/Article/index_html
Published: December 18, 2012

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chew Bee Peng berkata, program terbabit bakal membawa peniaga PKS meneroka potensi perniagaan melalui pengukuhan jenama produk dan perkhidmatan supaya menembusi pasaran global.

“Program ini terbuka kepada semua PKS di seluruh Malaysia termasuk industri seperti pembuatan, peruncitan, hospitaliti serta perkhidmatan dengan pelaksanaannya akan dibuat secara berterusan untuk beberapa tahun akan datang,” katanya.

No comments: