Thursday, December 6, 2012

Enam produk baru Orang Kampung

BAGI menembusi pasaran global, Syarikat Orang Kampung (OK) Group melancarkan enam produk baru yang dihasilkan menerusi inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) iaitu Green Tea Latte, Teh Serbat, Morinda Emulsion, Gel Gamat, Losyen Gamat dan Set Minyak Urut Aroma Terapi (Daora).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Enamprodukbaru/Article/index_html
Published: December 06, 2012

Keenam-enam produk berkenaan diolah untuk menepati citarasa antarabangsa bagi membolehkan ia bersaing dengan produk tradisional sedia ada di Malaysia.

Pengarah Urusanya, Habibul ‘Ajmi Manggar berkata, menerusi R&D yang dijalankan, syarikatnya melakukan penambahbaikan terhadap produk berasaskan minyak yang diperbuat daripada bahan semulajadi untuk tujuan kosmetik dan urut.

Beliau berkata, sejak dulu lagi orang ramai membeli minyak gamat berwarna hitam dan melekit jika dipakai dengan label lama bercirikan tradisional yang boleh dikatakan tidak mengikut peredaran masa.

“Kami membuat perubahan dengan menformulasikan ekstrak gamat untuk menjadikanya dalam bentuk gel dan losyen dengan kegunaannya sama seperti bahan gamat sedia ada di pasaran.

“Begitu juga dengan minyak urut, peranannya kini boleh digunakan untuk tujuan aroma terapi yang didatangkan dalam bentuk set membabitkan tiga jenis bauan iaitu lavender, grapefruit dan patchouli,” katanya ketika memperkenalkan produk itu di Melaka.

Katanya, produk Green Tea Latte dan Teh Serbat pula ialah dua produk minuman keluaran terbaru yang dihasilkan mengikut citarasa tempatan serta antarabangsa.

Beliau berkata, Morinda Emulsion pula ialah produk dirumus khas bagi pengguna yang menitikberatkan penjagaan kesihatan mengandungi bahan utamanya ialah buah mengkudu yang baik untuk mengalakkan pertumbuhan tisu di dalam badan dan ia diformulasi dengan manisan stevia.

No comments: