Wednesday, October 24, 2012

Hardee Herba sasar pendapatan RM5 juta

SYARIKAT pengeluar minuman berasaskan herba, Hardee Herba (M) Sdn Bhd menerusi jenama Jussulin berhasrat mencapai sasaran jualan RM5 juta sepanjang tahun ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/hardee-herba-sasar-pendapatan-rm5-juta-1.97170
Published: October 24, 2012

Hardee Herba
Hardee Herba
 
Pengarahnya, Abdul Hardee Abu Bakar, 52, berkata, kilang yang terletak di Kajang mampu menjual 15,000 botol sebulan dengan purata anggaran 6,000 botol sehari.

“Dengan sasaran itu, kami yakin dapat menjual sehingga satu juta botol sebulan menjelang akhir tahun ini.
“Bagaimanapun, untuk mencapai sasaran itu, kami berhasrat membuka kilang lebih besar bagi menampung permintaan yang semakin tinggi," katanya yang kini mempunyai empat pekerja kilang sepenuh masa dengan mesin yang beroperasi secara manual.

Menurutnya, pembukaan kilang baru itu dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun hadapan dengan jumlah pelaburan RM500,000 untuk proses pembinaan dan membeli mesin baru.

Katanya, Hardee Herba mengalu-alukan mana-mana pengedar individu yang berminat untuk menjadi pengedar di seluruh negara. Sehingga kini, syarikat mempunyai 100 pengedar dan 10 stokis termasuk empat di Sarawak.

“Kami berhasrat untuk ke pasaran Sabah menjelang akhir tahun ini," katanya yang telah menubuhkan syarikat itu sejak 2008 sebelum dikomersialkan pada 2009.

Menurutnya, syarikat turut merancang menerokai pasaran luar negara, didahului Indonesia menjelang awal 2013. Sebelum ini, produk Hardee Herba sudah berada di Brunei menerusi pengedar secara tidak langsung.
“Selain itu, kami juga bakal memperkenalkan produk baru berasaskan minuman herba pada November nanti,” katanya.

Jussulin adalah minuman mengandungi campuran lapan jenis herba dijual dengan harga RM25 bagi pasaran semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak RM30 sebotol.

No comments: