KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Usahawan Malaysia akan mendapat
peluang menembusi pasaran global menerusi platform satelit unik,
'HookUp'.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130729/ek_01/Usahawan-berhubung-melalui-satelit
Published: July 29, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=966624
Published: July 29, 2013
Acara pertama seumpamanya di Asia Tenggara dijangka menghubungkan
usahawan tempatan dengan lebih 3,000 usahawan dari lebih 50 negara
sempena Sidang Kemuncak Keusahawanan ke-4 2013 (GES) pada 11 Okt.
Ketua Proficeo, V. Sivapalan berkata HookUp, yang dianjurkan bersama
Startup Malaysia, akan berlangsung dua hari sebelum GES iaitu pada 9
Okt.
"HookUp disasarkan kepada delegasi yang mahu bertemu dengan syarikat
pertumbuhan tinggi dan berprofil tinggi dari Malaysia dan Asia untuk
memulakan peluang perkaitan serantau serta membuka akses pasaran,"
katanya.
Menurut beliau, HookUp membabitkan peserta usahawan Asia yang
ditampilkan dalam FoundersAsia.com dan dicalonkan oleh Asian VCs,
Angels, Accelerators atau organisasi pembangunan usahawan.
Sivapalan berkata delegasi GES sebelum ini hanya didedahkan kepada
mesyuarat secara rambang dengan usahawan daripada beberapa syarikat.
"Kali ini, menerusi HookUp, akan terbina asas yang lebih kukuh untuk delegasi GES memulakan inisiatif perkongsian.
"Memandangkan GES diadakan di Malaysia untuk kali pertama, usahawan
tempatan patut memanfaatkannya dan mengambil peluang untuk menyertainya
dan mendapat pandangan dalaman dan mengumpul perspektif daripada
pengalaman itu," kata Sivapalan.
Sivapalan berkata beliau turut akan mengambil bahagian dalam sidang
kemuncak itu sebagai Pengarah Persatuan Usahawan Teknologi Institut
Dasar Malaysia.
Persatuan itu akan mempunyai slot istimewa pada sidang kemuncak itu
dengan satu forum untuk membincangkan strategi untuk meningkatkan
pembangunan sistem eko keusahawanan Malaysia, katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment