Friday, November 2, 2012

Halfest 2013 Sasar Pengunjung Meningkat 30,000

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama)-- Halal Fiesta Malaysia (Halfest) menyasar peningkatan 30,000 pengunjung pada acara tahun depan daripada 70,000 tahun ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=706231
Published: November 02, 2012

Acara 2013 itu diadakan dalam tempoh lima hari mulai 2 Okt.

Mohd Shukri Abdullah, ketua pegawai eksekutif Shapers Malaysia, penganjur acara itu berkata, syarikat akan menambah lebih banyak petak pameran untuk menarik pengunjung ke acara itu yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau berkata Halfest 2012 mempunyai 711 petak pameran berbanding 637 tahun lepas.

"Halfest, bersama-sama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), akan memilih 20 petak pameran untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)," tambah beliau.

-- BERNAMA

No comments: