Friday, November 2, 2012

PJ Food Industries sasar tingkat 10 peratus jualan setiap tahun

SYARIKAT pengeluar produk berasaskan tepung dan rempah milik Bumiputera, PJ Food Industries Sdn Bhd menerusi jenama Puteri Ayu menyasarkan untuk meningkatkan jualan lima sehingga 10 peratus setiap tahun.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pj-food-industries-sasar-tingkat-10-peratus-jualan-setiap-tahun-1.99828
Published: November 02, 2012

Pj Food
Antara produk yang boleh diperoleh di pasar raya Mydin seluruh negara dan kedai runcit.

Pengarah Urusannya, Norehan Mohd Nor, 46, berkata, syarikatnya turut berhasrat mencapai sasaran jualan RM2 juta sepanjang tahun ini.

“Dengan kapasiti pengeluaran 30 tan bagi semua produk, kami mampu menjana pendapatan RM150,000 sebulan.

Namun, kapasiti pengeluaran terbatas kerana kekurangan kelengkapan cukup untuk pengeluaran dalam kapasiti besar,” katanya.

Menurutnya, semua produk keluaran PJ Food Industries kini boleh diperoleh di pasar raya Mydin seluruh negara, Tunas Manja di Kuantan dan kedai runcit.

Selain pasaran tempatan, produknya juga telah berada di Brunei sejak 2008, syarikatnya turut merancang memasuki pasaran Timur Tengah dan seluruh Asia dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Untuk mencapai hasrat itu, kami akan menambah baik kilang sedia ada dan menambah mesin baru agar dapat menghasilkan kapasiti pengeluaran yang lebih banyak dijangka bermula tahun hadapan,” katanya.

Selain itu, PJ Food Industries bakal ke pasaran Sabah dan Sarawak.

“Kami juga membuka peluang kepada peniaga yang ingin berniaga secara kecil-kecilan di pasar tani dan pasar malam seluruh negara untuk membeli secara terus dari kilang dengan modal RM5,000.

“Kami berhasrat untuk menambah jenis perisa bagi produk pes kepada 20 jenis berbanding tiga jenis sedia ada,” katanya.

No comments: