PESERTA Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2012 berpeluang mengangkat
perniagaan masing-masing ke peringkat lebih tinggi apabila sekretariat
pameran itu dan Mara mengambil inisiatif memilih 20 pempamer menyertai
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) akan datang.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pempamerbakaldipilihsertaiMihas/Article/index_html
Published: November 02, 2012
Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Sdn Bhd (Shapers
Malaysia), Mohd Shukri Abdullah berkata, untuk itu, syarikat terpilih
mesti bersedia pada bila-bila masa untuk mengeksport produk dan pada
masa yang sama memastikan kualitinya.
“Halfest adalah
landasan terbaik bagi usahawan PKS mempromosikan produk dan perkhidmatan
masing-masing. Selain itu, ia dapat meningkatkan hubungan perniagaan
sesama peruncit utama lain di seluruh negara.
“Bagi tahun ini, sebanyak 711 petak pameran disediakan berbanding 637 tahun lalu,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, untuk Halfest 2013, pihaknya mengunjurkan menarik
penambahan pengunjung sebanyak 30,000 bagi penganjuran tahun depan.
“Kami akan menambah lebih banyak petak pameran untuk menarik
pengunjung ke acara tahun depan yang akan diadakan di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) pada 2 Oktober 2013,” katanya.
No comments:
Post a Comment