Friday, September 21, 2012

Forum PKS Asean CIMB bakal tarik 300 usahawan

FORUM PKS Asean CIMB yang julung kali diadakan di Petaling Jaya pada 24 September ini dijangka menarik lebih 300 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia dan seterusnya membantu merintis jalan bagi PKS berkembang di peringkat serantau.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ForumPKSAseanCIMBbakaltarik300usahawan/Article/index_html
Published: September 21, 2012

Forum bertema ‘Asean bagi PKS’ itu akan dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan menampilkan barisan penceramah yang terdiri daripada pakar kawal selia, perundangan,

percukaian dan harta dari seluruh rantau ini. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan Pengguna CIMB, Renzo Viegas berkata, forum itu adalah contoh jelas bagaimana negara boleh memanfaatkan rangkaian serantau CIMB untuk menawarkan nasihat praktikal kepada pelanggan perniagaan mengenai cara berkembang dalam Asean.

Beliau berkata, mengikut perangkaan Sekretariat Asean, nilai perdagangan sesama negara Asean melebihi RM1.53 trilion (AS$500 bilion) pada 2011 dan dijangkakan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) akan menjadi penjana utama bagi pertumbuhan perdagangan serantau selanjutnya. Penceramah akan diketuai Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti),Datuk Dr Rebecca Sta Maria, yang akan menyampaikan ucaptama. Viegas berkata, sebagai tulang belakang ekonomi Asean,

penyertaan PKS di peringkat serantau adalah komponen penting dalam pewujudan AEC menjelang 2015.

Forum itu akan memberikan tumpuan kepada pasaran-pasaran Indonesia, Thailand dan Kemboja, dengan sesi khas mengenai liberalisasi di Myanmar serta peluang perdagangan di China.

No comments: