KOTA KINABALU, 29 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yakin
industri francais mampu menyumbang sehingga RM24.5 bilion kepada jumlah
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=959775
Published: Jun 30, 2013
Beliau berkata keyakinan itu adalah berdasarkan perkembangan memberangsangkan industri francais negara.
Sehingga 28 Jun tahun ini sahaja, sejumlah 672 syarikat francais
daripada pelbagai sektor telah didaftarkan di negara ini, katanya ketika
berucap pada majlis perasmian Program Francais Komuniti Sabah di sini
Sabtu.
Ahmad Bashah berkata kerajaan sentiasa membantu memajukan sektor
francais di negara ini, terutama mereka yang menceburi perniagaan
francais.
Menurutnya kerajaan memperuntukkan RM8 juta untuk Skim Pinjaman Kecil
Francais (SPKF) melalui KPDNKK bagi membantu bakal usahawan menceburi
peluang perniagaan francais secara mikro.
Sehingga Jun ini, sebanyak 247 permohonan dengan nilai pembiayaan sekitar RM 6.32 juta, diluluskan.
"Walaupun baki peruntukan SPKF kini hanya berjumlah RM1.68 juta, namun
permohonan untuk mendapatkan pembiayaan melalui SPKF masih lagi dibuka
untuk mereka yang berminat menceburi peluang francais secara mikro,"
katanya.
Ahmad Bashah berkata kementerian telah mengenal pasti beberapa faktor
yang menyebabkan kemungkinan berlakunya kekurangan penyertaan masyarakat
dalam keusahawanan francais.
Ini termasuk faktor kekurangan modal, ketiadaan pembiayaan dan kurangnya kesedaran terhadap peluang perniagaan francais.
"Industri ini adalah untuk semua golongan, baik yang berpendapatan
tinggi, sederhana mahupun yang berpendapatan rendah," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment