Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Komersialkanprodukkesihatantradisional/Article/index_html
Published: Jun 21, 2013
Timbalan Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) Syed Mohsin Barakbah berkata, masyarakat semakin sedar dan peka kepentingan mendapatkan produk kesihatan berasaskan bukti saintifik serta diiktiraf pihak berkuasa.
“Peluang ini seharusnya digunakan pengamal perubatan tradisional untuk terus memperkasakan produk keluaran masing-masing melalui kaedah dan sistem yang betul, selamat serta diperkuatkan dengan bukti saintifik.
Beliau berkata, melihat keadaan itu, GAPERA dengan kerjasama Persatuan Pengamal Perubatan Alami Malaysia (MANMP) akan mengadakan Persidangan Memperkasakan Perubatan Asli Melayu 2013 dan Pameran Sains Perubatan Asli Melayu Moden esok sehingga Ahad di Hotel Quality, Shah Alam.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi menghubungi MANMP di talian 03-80769264.
No comments:
Post a Comment