Friday, June 14, 2013

MFA gesa permudah biaya

Kuala Lumpur: Persatuan Francais Malaysia (MFA) meminta institusi perbankan supaya memudahkan permohonan francaisor dan francaisi dalam mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MFAgesapermudahbiaya/Article
Published: Jun 14, 2013

MFA gesa permudah biaya
Hasan diiringi Abdul Malik (tengah) menyampaikan sijil keahlian MFA sempena 
Mesyuarat Agung MFA Ke-18 di Kuala Lumpur, semalam

Francaisor, francaisi sukar dapat pinjaman bank

Pengerusinya, Abdul Malik Abdullah, berkata gesaan itu diutarakan kerana ramai francaisor dan francaisi mengadu kepadanya mengenai kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada bank tempatan.
Kami sudah mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dua minggu lalu bagi membincangkan masalah ini dan meminta supaya mereka dapat berbuat sesuatu bagi menangani masalah ini." Abdul Malik Abdullah, Pengerusi MFA
Katanya, kebanyakan bank menggunakan alasan perniagaan francais berisiko tinggi, justeru, mereka sukar untuk mengeluarkan pembiayaan.

“Kami sudah mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dua minggu lalu bagi membincangkan masalah ini dan meminta supaya mereka dapat berbuat sesuatu bagi menangani masalah ini.

Sektor kian berkembang

“Dijangkakan, BNM akan memberi jawapan mengenai perkara ini pada bulan depan dan kami sangat berharap mereka akan memberi jawapan positif demi kebaikan sektor francais yang kian berkembang di negara ini,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Agung MFA Ke-18 di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dan Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Bhd (PNS), Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin.

MFA adalah persatuan induk perniagaan francais yang turut membantu Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam aspek kawal selia serta membantu mengembangkan lagi industri francais tempatan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

Industri francais menyumbang RM23.6 bilion atau 2.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu dan pada tahun ini ia dijangka meningkat kepada RM24 bilion.

Sementara itu, Hasan berkata, hingga kini 47 produk francais Malaysia sudah mengembangkan operasi mereka ke 50 negara seluruh dunia.

Jenama Malaysia diterima

Pencapaian itu, katanya, membuktikan jenama francais Malaysia mula diterima pada peringkat antarabangsa. Selain itu, bidang perniagaan dalam negara juga konsisten berkembang 15 peratus setahun.

No comments: