Wednesday, June 12, 2013

Matrade: PKS Disaran Tembusi Pasaran F&B Bahrain

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama mereka yang terlibat dalam industri makanan dan minuman halal telah dinasihatkan agar mengekspsort produk mereka ke Bahrain.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BahraintawarpeluangtembusipasaranGCC/Article
Published: Jun 12, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/matrade-pks-disaran-tembusi-pasaran-f-b-bahrain-1.169890
Published: Jun 12, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MATRADEsasar5syarikattempatanlaburdiBahrain/Article/index_html
Published: Jun 12, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=955325
Published: Jun 12, 2013

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Dzulkifli Mahmud, berkata Bahrain kini sedang mengembangkan pasaran produk halalnya dan melihat Malaysia mempunyai produk yang baik untuk dieksport ke negara itu.
Bahrain menawarkan peluang terutama kepada PKS untuk menembusi pasaran GCC menerusi Bahrain." Dzulkifli Mahmud, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport MATRADE
Katanya, industri lain yang boleh diterokai syarikat tempatan adalah sektor minyak dan gas serta bahan binaan seperti jubin dan bahan logam.

Ia susulan pengembangan pantas pelbagai projek pembinaan bangunan ikonik dan infrastruktur di negara itu.

“Bahrain yang menjadi negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menawarkan peluang terutama kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menembusi pasaran GCC menerusi Bahrain.

“Justeru, Matrade akan berterusan meningkatkan penggalakkan produk dan perkhidmatan syarikat Malaysia serta pelaburan ke luar negara termasuk Bahrain,” katanya pada sidang media selepas Seminar Peluang Perniagaan dan Pelaburan di Bahrain di Kuala Lumpur, semalam.
Dzulkifli menjelaskan, ini kerana Bahrain adalah negara bebas cukai selain mudah mendapatkan kemudahan pembiayaan dan kos kehidupan yang rendah di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).

Program itu bagi menerangkan persekitaran perniagaan terkini di Bahrain dan berkongsi kejayaan pelaburan langsung asing ke negara itu bersama syarikat tempatan.

Hadir sama, Pengurus Pembangunan Perniagaan Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain, Husain Rajab dan Pengurus Negara Bagi India, Singapura dan Malaysia agensi itu, Dharmi Magdani.

Dzulkifli berkata, Bahrain adalah rakan perdagangan keenam terbesar Malaysia di kalangan negara GCC selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Oman dan Kuwait.

Beliau berkata, nilai perdagangan dua hala Malaysia dan Bahrain menunjukkan peningkatan ketara tahun lalu yang mencatatkan AS$291.11 juta berbanding AS$245.31 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Katanya, eksport utama ke Bahrain termasuk produk kayu, minyak sawit, produk elektrik dan elektronik, makanan diproses, pengilangan logam, jentera, peralatan dan komponen, minyak sayuran serta kimia dan produk kimia.

Manakala, import utama dari Bahrain adalah sekerap logam, keluaran petroleum ditapis, pengilangan logam serta kimia dan produk kimia.

“Matrade turut menggalakkan syarikat Malaysia untuk membuka operasi di luar negara, dan bagi rantau Asia Barat termasuk Bahrain adalah antara negara yang mana syarikat tempatan meninjau peluang untuk membuat pelaburan,” katanya sambil menambah kerajaan Bahrain membenarkan pemilikan ekuiti 100 peratus oleh syarikat asing di negara itu.

Setakat ini, katanya, terdapat 10 syarikat Malaysia beroperasi di Bahrain termasuk Malakoff Corp Bhd, Maybank, CIMB Middle East BSC dan Marrybrown Fried Chicken Sdn Bhd.

Katanya, selain projek pembinaan, Dzulkifli berkata, Malaysia turut meninjau peluang dalam sektor perkhidmatan seperti teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), pengurusan projek dan perkhidmatan, perbankan Islam, logistik dan hospitaliti.

No comments: