Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlutambahpengeluarprodukhalal/Article/index_html
Published: Jun 03, 2013
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ir Hamim Samuri berkata, ini menunjukkan pasaran dunia bagi produk halal yang meliputi bahan makanan, kosmetik, ubat-ubatan dan barangan pengguna lain amat besar.
Menurutnya, produk halal keluaran negara lebih diyakini pada peringkat antarabangsa kerana kerajaan Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang campur tangan dalam mengeluarkan sijil halal dalam setiap produk halal.
Di negara-negara lain katanya, tugas mengeluarkan sijil halal dikendalikan oleh badan bukan kerajaan termasuk persatuan dan pihak pengurusan masjid.
“Kerajaan Malaysia amat komited dalam soal mengeluarkan sijil halal bagi produk halal. Perkara seperti ini tidak berlaku di negara lain termasuk di negara-negara Islam Timur Tengah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa usahawan di negara ini terutama umat Islam merebut peluang yang terbentang luas untuk meneroka perdagangan di peringkat antarabangsa.
Ir Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, kementeriannya menyediakan segala bantuan diperlukan kepada mereka yang bersedia menceburkan diri dalam bidang pengeluaran produk halal.
Katanya, mereka perlulah mematuhi peraturan tertentu sebelum barangan mereka layak mendapat sijil halal dan dibenarkan untuk dieksport ke pasaran luar negeri.
No comments:
Post a Comment