KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tiada cara lain untuk menjadi usahawan
yang berjaya dan bertahan pada hari ini kecuali dengan mengembangkan
pasaran berasakan geografi, demikian menurut dua pengeksport wanita yang
berjaya.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130610/ek_02/Wanita-perlu-langkau-geografi
Published: Jun 10, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=954869
Published: Jun 09, 2013
SESEORANG usahawan yang baik perlu mempunyai rancangan memperluaskan
perniagaan ke seluruh dunia menggunakan medium Internet.
Pengurus Besar Megam Capital dari Sepanyol, Maria Eugenia Giron berkata
dari sebuah negara yang kecil, beliau tidak mempunyai cara lain untuk
mengembangkan perniagaannya kecuali mengeksport.
Giron, yang juga Pengarah Eksekutif IE Business School Premium and
Prestige Business Observatory berkata sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
mana-mana perniagaan, seseorang itu perlu bermula dengan melihat dunia
sebagai sasaran.
"Semua jenama yang saya bekerjasama, pasaran utama bukan negara asal
mereka. Membeli merupakan emosi dan hubungan. Dan rangkaian sosial telah
mengubah segala-galanya.
"Jika Facebook adalah sebuah negara, ia akan menjadi pasaran kedua
terbesar selepas China," katanya pada sesi Menjejak Keusahawanan pada
Sidang Kemuncak Wanita Global 2013 di sini, hari ini.
Sidang kemuncak tiga hari itu berakhir hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikannya pada Khamis.
Giron mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam perniagaan barang mewah,
antaranya jenama Loewe, Carrera y Carrera, Silvercloud dan Le Chameau.
Beliau berkata selain mengintegrasikan budaya pasaran, rundingan untuk
faedah kedua-dua pihak dan mendapatkan nasihat undang-undang, komunikasi
adalah suatu yang penting.
"Berkomunikasi dalam setiap cara yang boleh supaya orang merasakan anda berada di sana," katanya.
Sementara itu, ahli perniagaan Malaysia Hooi Lai Lin, Ketua Pegawai
Eksekutif Ken-Rich Chemical Production Sdn Bhd berkata meskipun usahawan
secara semula jadinya mahu berkembang dekat dengan tempat asal,
seseorang itu tidak boleh memandang rendah mengenai kepentingan tingkah
laku pengguna.
"Risikan pasaran adalah amat penting. Singapura hampir sama dengan Kuala
Lumpur tetapi tingkah laku pengguna berbeza sekali. Malah di Asia, kita
begitu pelbagai. Dapatkan banyak maklumat sebelum ke sesuatu tempat,"
katanya.
Hooi menerajui Ken-Rich, pengeluar produk penjagaan diri dan produk pencuci rumah yang boleh didapati di lebih 16 negara.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment