BANK Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad
(SME Bank) mencatatkan keuntungan operasi RM146 juta meningkat dua kali
ganda daripada daripada tempoh yang sama tahun lalu dengan keuntungan
sebelum cukai bernilai RM122.9 juta.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sme-bank-catat-untung-rm146-juta-1.176264
Published: Jun 27, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130627/ko_02/SME-Bank-untung-RM146-juta-pada-2012
Published: Jun 27, 2013
Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Mohd Rizal
Mohd Jaafar; Mohd Razif dan Pengarah Strategik dan Pengurusan
Risiko SME Bank, Mohamad Sabir Mohamad Sabri ketika
mengumumkan laporan kewangan SME Bank di Kuala Lumpur.
PENGARAH Urusan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus (kanan)
menyatakan sesuatu kepada Pengerusinya, Datuk Gumuri Hussain (tengah) dan
diperhatikan Ketua Pegawai Operasi, Mohd Rizal Mohd. Jaafar semasa
pengumuman prastasi kewangan SME Bank di Kuala Lumpur.
Dalam Belanjawan Negara 2013, kira-kira RM4 bilion diperuntukkan bagi
pembiayaan dan pembangunan PKS, RM2.25 bilion akan disalurkan kepada SME
Bank melalui empat program yang diwujudkan itu Dana Pembangunan SME,
Skim Pelupusan Pembiayaan, Dana Industri Halal dan Tabung Usahawan Muda.
Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, berkata,
sepanjang 2012, SME Bank juga telah menawarkan pembiayaan kepada 1,803
syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bernilai RM2.9 bilion pada
2012, berbanding dengan 1,407 PKS dengan jumlah pembiayaan RM1.7 bilion
pada tahun sebelumnya.
"Sebilangan besar PKS telah mendapat manfaat daripada program dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh SME Bank khususnya menerusi program
pembiayaan, latihan keusahawanan, program kerjasama dan program inovatif
IQ Dagang.
"Usaha kerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang
menawarkan RM500 juta pembiayaan untuk TERAS PKS juga telah membuahkan
hasil yang mana RM180.42 juta pinjaman telah diluluskan kepada dua puluh
enam syarikat PKS," katanya ketika mengumumkan laporan kewangan 2012,
di Kuala Lumpur, semalam.
SME Bank turut melancarkan skim pemulihan PKS yang telah diwujudkan
untuk memberi bantuan kepada PKS bermasalah yang memerlukan bantuan
menghidupkan semula perniagaan mereka.
Selain itu, program iQ Dagang turut menghasilkan 40 usahawan berjaya.
No comments:
Post a Comment