Sunday, June 9, 2013

Mosti Sasar Komersil 360 Produk Dalam Tempoh Lima Tahun

MELAKA, 8 Jun (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menyasar mampu mengkomersilkan 360 produk dalam tempoh lima tahun.
 
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=954849
Published: Jun 09, 2013

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata Mosti akan memberi tumpuan membantu penyelidik khususnya yang menggunakan dana kerajaan sehingga produk mereka dapat dikomersil.

Anggota Parlimen Tangga Batu itu berkata pada masa ini, pelbagai produk dihasilkan oleh individu serta institusi pendidikan namun tidak dipasarkan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

"Malaysia tidak boleh menjadi pembeli teknologi pada setiap masa, kita perlu menghasilkan produk inovasi sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Gerak Inovasi Malaysia (InoMa) Autoshow di Pantai Puteri di sini Sabtu.

Turut hadir Timbalan Pengarah InoMa Dr Muhammad Zahir Hassan.

Dr Abu Bakar berkata ciptaan tempatan juga dilihat dapat memberi pilihan kepada rakyat dalam menggunakan produk berkualiti dan setaraf produk luar negara dengan kos yang lebih rendah.

-- BERNAMA

No comments: