MUAR, 1 Jun (Bernama) -- Usahawan Malaysia hanya mampu mengeksport
produk halal bernilai RM30 bilion setahun sedangkan jumlah bekalan yang
diperlukan dunia terhadap produk itu kini telah meningkat kepada RM73
trilion.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=953467
Published: Jun 02, 2013
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ir Hamim Samuri
berkata ini menunjukkan pasaran dunia bagi produk halal yang meliputi
bahan makanan, kosmetik, ubat-ubatan dan barangan pengguna lain amat
besar.
"Justeru, kerajaan mengalu-ngalukan sesiapa sahaja terutama umat Islam
di negara ini untuk membekalkan produk halal yang mempunyai pasaran yang
cukup besar pada peringkat antarabangsa," katanya di sini.
Menurutnya, produk halal keluaran negara lebih diyakini pada peringkat
antarabangsa kerana kerajaan Malaysia adalah satu-satunya negara di
dunia yang campur tangan dalam mengeluarkan sijil halal dalam setiap
produk halal.
Di negara-negara lain kata, katanya tugas mengeluarkan sijil halal
dikendalikan oleh badan-badan bukan kerajaan termasuk persatuan dan
pihak pengurusan masjid.
"Kerajaan Malaysia amat komited dalam soal mengeluarkan sijil halal
terhadap produk halal. Perkara seperti ini tidak berlaku di negara lain
termasuk di negara-negara Islam Timur Tengah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa usahawan di negara ini terutama umat
Islam merebut peluang yang terbentang luas untuk meneroka perdagangan di
peringkat antarabangsa.
Ir Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang, memberitahu kementeriannya
menyediakan segala bantuan yang diperlukan kepada mereka yang bersedia
menceburkan diri dalam bidang pengeluaran produk halal.
Namun begitu, katanya, mereka perlulah mematuhi peraturan-peraturan
tertentu sebelum barangan mereka layak mendapat sijil halal dan
dibenarkan untuk dieksport ke pasaran luar negeri.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment