SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperbaharui
kerjasama dengan kerajaan Korea bagi meneruskan perkongsian pengetahuan
dan teknologi antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kedua-dua
negara. Pengerusi SME Corp Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata,
kerjasama pertama antara SME Corp dan Korea ditandatangani pada 2007,
namun perkongsian dalam bidang PKS telah bermula lebih awal daripada
itu.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sme-corp-korea-teruskan-kerjasama-1.170486
Published: Jun 14, 2013
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim (kiri)
dan Cheol-kyu bertukar dokumen perjanjian kerjasama sambil
disaksikan Mohamed Al Amin (tengah).
“Hubungan SME Corp dengan Korea bermula pada 1998 melalui program
kerjasama dua hala dengan Perbadanan Perniagaan Kecil dan Sederhana
Korea (SBC) bagi meningkatkan pengetahuan PKS di Malaysia dalam
kemahiran pengurusan dan teknologi pengeluaran,” katanya dalam ucapan
pembukaan Persidangan PKS Asean-Korea 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut beliau, persidangan itu diyakini akan meningkatkan pemahaman
dan kerjasama antara komuniti perniagaan di negara Asean dengan Korea
dan dapat membantu peserta PKS mendapat maklumat corak perniagaan
terkini dan amalan perniagaan terbaik di Korea.
Sementara itu, Presiden SBC Park Cheol-kyu dalam ucapannya berkata,
Korea akan terus memfokus kepada pasaran Asean yang mempunyai potensi
pertumbuhan tanpa had di sebalik krisis ekonomi global.
“Asean adalah rakan dagang kedua terbesar bagi Korea dengan jumlah
dagangan dijangka mencecah AS$150 bilion (RM472 bilion) pada 2015.
“Persidangan ini pastinya memberi manfaat kepada PKS yang mahu menaikkan pertumbuhan perniagaan mereka," katanya.
Persidangan yang sebahagiannya ditaja oleh kerajaan Korea itu diadakan
serentak dengan Pameran Tahunan PKS – SMIDEX 2013 yang bermula semalam
dan berakhir esok.
No comments:
Post a Comment