KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pameran Tahunan PKS (SMIDEX) 2013 yang
berlangsung selama tiga hari dari 12 Jun, dijangka menjana potensi
jualan sekurang-kurangnya RM300 juta.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=955463
Published: Jun 12, 2013
"Ia merupakan peningkatan ketara berbanding acara tahun lepas, kata
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Datuk Hafsah Hashim kepada
Bernama.
Hafsah berkata pameran tiga hari tahun lepas mengatur 200 sesi padanan
perniagaan dengan rundingan jualan bernilai RM247.46 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan SMIDEX 2013, bertema "SME Changing the Game", pada 14 Jun.
SMIDEX menawarkan peluang unik kepada perusahaan kecil dan sederhana
(SME) untuk menjalin rantaian, menjalin perjanjian dan hubungan
perniagaan berpanjangan itu, dianjur bersama oleh Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan SME Corp Malaysia.
SMIDEX juga merupakan platform dinamik untuk usahawan Malaysia
mengetengahkan keupayaan masing-masing bagi menawarkan produk,
perkhidmatan dan teknologi untuk memenuhi permintaan pasaran dalam
negara, serantau dan dunia yang cepat berubah.
Semasa SMIDEX 2013 berlangsung, SME Corp akan menandatangani tiga
memorandum persefahaman - bersama Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Korea (SBC), Taung Pembangunan perusahaan Kecil Yemen dan
Tabung Pembangunan Keusahawanan Kazakhstan.
Memorandum persefahaman itu meliputi isu seperti pertukaran maklumat,
sokongan untuk program PKS, mewujudkan hubungan perniagaan dan pemadanan
perniagaan, serta program penempatan pakar Korea bersama PKS Malaysia.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment