Thursday, June 27, 2013

1,803 PKS Diberi Pakej Pembiayaan Sejumlah RM2.9 Bln Pada 2012 - SME Bank

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- SME Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) telah mengagihkan pakej pembiayaan sejumlah RM2.9 bilion kepada 1,803 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tahun lepas.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=959135
Published: Jun 27, 2013

"Usaha kerjasama kami dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang menawarkan pembiayaan RM500 juta untuk PKS TERAS telah memberikan keputusan yang baik, di mana RM180.42 juta pinjaman telah diluluskan kepada 26 pelanggan," kata bank itu dalam satu kenyataan Rabu.

Pada tempoh yang dinilai, bank itu juga melancarkan Skim Pemulihan PKS untuk memberi bantuan kepada PKS yang memerlukannya.

"Program Latihan Keusahawanan bank juga telah melihat peningkatan dapat jumlah peserta, iaitu seramai 1,262 pada 2012 berbanding 660 pada 2011," tambahnya.

Kenyataan itu berkata, bank itu mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM146.0 juta, satu peningkatan dua kali ganda daripada 2011, dengan untung pracukai RM122.9 juta.

-- BERNAMA

No comments: