KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Eksport online dikenal pasti sebagai
saluran efektif bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk
mencapai jutaan pengguna di luar negara dan menjual ke pasaran global.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/e-dagang-jadi-pilihan-pks-1.175858
Published: Jun 26, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=958951
Published: Jun 27, 2013
Data yang dikeluarkan oleh PayPal, peneraju dalam pasaran e-dagang global, menunjukkan kejayaan Malaysia dan potensi dalam dagangan online dengan dunia.
"Data dan pandangan yang diperoleh menunjukkan PKS Malaysia mempunyai peluang yang hebat untuk mencapai jutaan pengguna di seluruh dunia dan secara agresif berkembang ke pasaran seberang laut melalui e-dagang rentas sempadan," kata Pengurus Negara PayPal bagi Malaysia dan Filipina, Audrey Ottevanger dalam satu kenyataan hari ini.
Paypal menawarkan kemudahan dan mendapatkan transaksi bagi peniaga tempatan untuk menjual kepada lebih 128 juta pengguna aktif PayPal di 193 pasaran di seluruh dunia.
"Kami mengalu-alukan sokongan daripada inisiatif kerajaan yang diadakan untuk mengukuhkan kehadiran online PKS.
"Kami percaya kini masa yang sesuai bagi mereka memanfaatkan saluran eksport online yang mempunyai pertumbuhan tinggi, terutamanya semasa waktu ekonomi sukar ini," katanya.
Komputer dan aksesori, buku dan majalah serta elektronik merupakan kategori eksport online utama bagi Malaysia. Pembelian utama bagi peranti mudah alih ialah perisian dan barang fesyen.
Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, eksport Malaysia naik 0.6 peratus pada 2012.
Dengan PKS menguasai lebih 97.3 peratus semua perniagaan di Malaysia, mereka membentuk tulang belakang ekonomi dan dijangka menyumbang dengan ketara kepada aliran perdagangan eksport negara.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment