CANON Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon)
memperkenalkan tujuh pencetak baru yang dihasilkan khusus bagi memenuhi
keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta yakin jualan
syarikat itu meningkat 20 peratus dalam tempoh lapan bulan akan datang.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130610/ko_01/Canon-perkenal-pencetak-keperluan-PKS
Published: Jun 10, 2013
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/canon-fokus-kepada-pks-1.168730
Published: Jun 09, 2013
Wong (kanan) bersama Chik Hoe menunjukkan pencetak terbaru Canon yang
direka khusus untuk industri PKS.
Pembekal penyelesaian imbasan digital terkemuka itu kini menyasarkan
pasarannya kepada PKS dengan menghasilkan pelbagai produk memenuhi
keperluan usahawan dalam industri serta perbadanan sederhana dan besar
yang baru bertapak.
“PKS adalah antara jenis syarikat yang pesat berkembang di Malaysia dan
seperti lain-lain organisasi, PKS mempunyai keutamaan dan keperluan
pencetakan yang khusus untuk jenis perniagaan mereka.
“Kami gembira kerana dapat menawarkan pilihan kumpulan pencetak kepada
PKS dan yakin pencetak kami akan membantu mereka menjadi lebih cekap dan
produktif. Dengan saiz sasaran pasaran baru kami yang semakin membesar,
kami yakin maklum balasnya adalah positif,” menurut Pengarah Bahagian
Sistem Produk Pengguna Canon, Simon Wong.
Menurut beliau, produk terbaru itu terdiri daripada tiga pencetak laser
dan empat pencetak inkjet yang kesemuanya beroperasi dengan rekaan,
inovasi dan teknologi terbaru Canon bagi melengkapkan jumlah pencetak
yang ideal untuk PKS kepada 16 pencetak.
Beliau menambah, kebanyakan pencetak baru itu dilengkapi keupayaan WiFi
kerana pencetakan tanpa wayar kini semakin menjadi keperluan dalam
kalangan pelanggan Canon.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Penyelesaian Imbasan Perniagaan Canon,
Ooi Chik Hoe berkata, peranti pelbagai fungsi seperti siri imageRUNNER
4000 dan 5200 Canon telah terbukti berjaya terutamanya dalam industri
PKS.
"Ini adalah hasil usaha bersepadu kami untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pasaran PKS dan potensi besar yang datang bersamanya," katanya.
No comments:
Post a Comment